Tuesday, February 27, 2007

Sundal Malam

















Nama Tempatan: Sundal Malam

Nama Saintifik: Polianthes Tuberosa

Nama Lain: Tuberose Famili: Amaryllidaceae/ Agavaceae

Keterangan:

Bunga Sundal malam atau dikenali juga dengan nama Tuberose berasal dari Amerika Tengah. Nama saintifiknya ialah Polianthes Tuberosa, tergolong dalam famili Amaryllidaceae/ Agavaceae , Sundal Malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai Lili sama seperti Amaryllis dan Pokok Spider Lily atau Bakung. Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun Sundal Malam mempunyai sifatnya berbeza. Sama seperti Bunga Melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu. Sesetengah ahli botani mengkelaskan tumbuhan ini sebagai tumbuhan semusim(annual) manakala yang lainnya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials) . Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun. Sama seperti tumbuhan Lili yang lain Sundal Malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan. Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

Kegunaan:

Sundal malam digunakan di India sebagai bunga untuk menumbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru. Di India juga gadis-gadis yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka. Di sini juga bunga ini dikenali dengan nama Ratkirani yang bermaksud mistress of the night.Ia dikatakan dapat menambah dan merangsangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya) . Minyak pati dari bunga ini sangat mahal , ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emosi, ia mendatangkan ketenangan hati dan perasaan. Bunga ini banyak ditanam secara komersial di Mexico , Hawaii dan Amerika Syarikat.

No comments: